Seringkali kedengaran masalah yang kerap menghantui individu yang ingin memulakan perniagaan di internet...Perlukah anda mempunyai Kedai Online anda sendiri??!atau lebih tepat lagi sebuah website yang boleh memaparkan barangan atau perkhidmatan yang ingin anda promosikan.Jawapannya....bergantung kepada tahap keseriusan anda di dalam perniagaan internet.Itu adalah jawapan jujur saya kepada permasalahan ini.Begitu pun,setiap perniagaan internet atau "internet marketer" tidak dapat dipisahkan dengan persoalan ini.
Tidak semestinya anda memerlukan sebuah laman web khas untuk berniaga di internet.Malah,anda boleh gunakan portal lelongan seperti e-Bay atau lelong.com.my untuk memulakan perniagaan.Ini kerana portal tersebut mudah diuruskan dan anda hanya memerlukan usaha yang minimum untuk mengawal selia-nya.
Tetapi,anda tidak sedar apabila perniagaan anda sudah berkembang dan semakin maju..anda perlukan sebuah laman web khas atau portal kedai online anda sendiri...di mana anda sendiri yang akan mencipta peraturannya...tidak terikat lagi dengan mana-mana peraturan atau "terms & conditions".
Tanpa anda sedar,sebenarnya anda perlu subscribe "store" di dalam portal lelongan untuk mendapatkan beberapa advantage dalam perniagaan internet anda...ini secara tidak langsung telah membuatkan anda hampir kepada pemilikan sendiri web perniagaan anda.Jadi,kenapa tidak anda memiliki sebuah kedai atau web perniagaan anda sendiri?
Jika anda berminat dan ada terfikir mengenai perkara itu,cuba anda klik beberapa link di bawah untuk mendapatkan serba sedikit maklumat yang mungkin dapat membantu anda.
Selamat Mencuba.

No comments:
Post a Comment